Thursday, February 18, 2010

Hobby....painting




Salam....
..nak citer pasal hobby. Iza memang minat melukis dari kecik2 dulu. Tak dinafikan memang minat n mungkin ada bakat yg diwarisi dari keturunan sebelah bapa iza. Rasa2nya adik beradik arwah bapa iza yg lelaki kebanyakkan pandai melukis, termasuk bapa iza. Tapi dlm adik beradik iza yg 5 org, 4 yg lelaki rasanya takde pun ikut arwah bapa, pompuan sorang ni jer la yg ikut. Iza bukan sekadar ikut talent, tp dgn sikap & perangai sekali...hmmmm, tu yg mak kerap sebut..'kau ni iza, sebiji cam bapa kau'....hi,hi,hi. Arwah bapa masa dulu ajar iza melukis potret black n white & water colour,iza belajar camner nak wat shading n teknik2 yg lain. Dan kalau dlm subjek art, lukisan iza biase mesti dpt masuk pameran sekolah..masa tu bangga la sikit..he,he. Tapi biasanya kalau black n white gambar muka jer..nak lukis gambar lain pun bole, tp kurang dpt perhatian org. Iza lebih minat dgn potret masa tu. Bila dah pandai, memang gian melukis, kalau dapat drawing block, sekejap jer dah penuh dengan gambar orang. biasanya iza lukis gambar orang yang terkenal. Sampai cikgu pun buat tempahan, kadang2 iza pas kat bapa iza jer..dia buat lagi canteq. Tapi lepas dah faham tak bole lukis gambar org..iza pun stop melukis.
So...masa berlalu lepas2 sekolah, iza dah lama tak melukis...sehinggalah satu hari beberapa tahun lepas iza pergi program kokurikulum kat sekolah Al-Amin. Iza tengok pameran kat situ, tiba2 ternampak booth 'folkart'.. nama kakak yg jaga tu K.Akmar. Iza tanya dia, 'akak buat sendiri ke semua lukisan ni?'...dia kata 'Ya', dia tanya minat ke nak belajar? Iza jawab...'miiinat sangat2'. Ya Allah masa tu macam dpt cinta baru. Iza amik no & alamat rumah dia...dan sempat la belajar sekejap. Lepas 3x belajar, dia kata dia terlalu sibuk,tak sempat nak buat kelas lagi...mmm hampa gak. Iza cuma sempat belajar teknik 'one stroke' sikit, camner nak guna 'angular brush' & buat 2 jenis bunga daisy & basic rose...tu jer(pic). Camner nak basuh berus pun iza tak tau, dia tak ajar, sedangkan penjagaan berus sangat penting,bukan macam guna water colour,lepas lukis bole basuh macam biasa jer,yg ni acrylic, lain. Akhirnya, awal-awal tu berus iza sume tak tahan lama, rosak...dah la mahal berus2 tu sume! Lepas dah tak ikut kelas, iza byk belajar sendiri kat internet. Tapi belajar tak berguru, memang la tak sempurna. Tapi insyAllah bila ada peluang iza akan cuba berguru....hi,hi, bunyi macam nk belajar silat plak. Yang bagusnyer lepas belajar sekejap tu iza dah mula melukis sampai laa..sekarang. Kalau tak lukis 'gian' la pulak. Tu laa..iza bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan pd iza...kesemuanya. Alhamdulillah.
Kepada arwah bapa...Abdul Latiff Abu Samah. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

labels

Blog Archive