Tuesday, March 16, 2010

Penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w

Salam..
Memang tak habis-habis sampai la hari kiamat, perbuatan yang menguris dan menghina Islam. Sebelum ni kes penghinaan pelukis karikatur dari Denmark. Kes yang terbaru lukisan yang menimbulkan kontroversi dari artis Sweden Lars Vilks, yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. Artis tu telah melukis gambar muka berbadankan haiwan untuk menghina Nabi Muhammad s.a.w. Media Sweden, cetak & elektronik telah mengulang dan menerbitkan semula gambar tersebut reaksi setelah pelukisnya mendapat ancaman bunuh.... tu la kenapa berani sangat! OIC bantah penerbitan semula gambar tu, tapi media Swedish mendakwa mereka menerbitkan semula atas nama hak kebebasan bersuara. Jawapan yang agak kurang bijak dan tidak bertanggungjawab betul.
Kenyataan yang menguris dan menghina 1.5 bilion umat Islam seluruh dunia. Media Swedish boleh guna cara lain untuk suarakan protest keatas ancaman bunuh tu, bukan dengan menerbitkan semula perkara penyebab kontroversi...seumpama membuka luka yang masih berdarah! ...mmm tak bijak, tak bijak. Sama-sama lah kita protest perbuatan dan tindakkan tersebut...'BOIKOT BARANGAN SWEDEN'.

-IKEA terkenal kat Malaysia ...jenama ni asal dari Sweden, warna label pun sama dengan warna bendera Sweden-

No comments:

Post a Comment

labels

Blog Archive