Pages

Wednesday, March 17, 2010

Isu Niqab & Burqa di Perancis

Assalamu'alaikum..
Perkembangan terbaru yang berlaku di Eropah baru-baru ini ialah tentang isu pemakaian niqab @ burqa di Perancis. Perancis akan menjadi negara pertama di Eropah yang mengharamkan niqab. Draf mengenainya telah diserahkan di Parlimen Perancis, menjadikan ianya satu kesalahan di sisi undang-undang untuk menutup muka di kawasan awam seperti di hospital, sekolah, pejabat kerajaan dan tempat penggangkutan awam seperti stesen keretapi.
Tetapi isu ini telah menyebabkan 5 juta umat Islam di negara itu terbahagi dua kerana percanggahan pendapat dalam isu tersebut. Sebelum ini juga pada tahun 2004 kerajaan Perancis telah meluluskan undang-undang menghalang pemakaian hijab @ tudung di sekolah-sekolah & pusat pengajian tinggi di sana. Walaupun undang-undang itu melibatkan semua agama, tetapi umat Islam di sana merasakan ia secara tak langsung memfokuskan kepada umat Islam. Kenapa perlu dibesar-besarkan isu ni yer? Sedangkan yang pakai niqab tu hanya 1000 lebih sahaja dari jumlah 5 juta muslim di sana. Kebanyakkan yang memakai niqab adalah golongan muda dan yang baru memeluk Islam. Sape tak kenal Perancis, terutama Paris yang terkenal sebagai pusat fesyen dunia. Mungkin mereka merasakan niqab & burqa adalah fesyen yang terkebelakang @ ketinggalan zaman.
-Seorang Imam dari sebuah masjid di Drancy pinggiran Paris, Imam Hassan Chalghoumi di Perancis telah mendapat ancaman bunuh kerana menyokong keputusan kerajaan Perancis itu. Dia mengatakan niqab hanya pakaian tradisi bukan tuntutan agama Islam. Imam yang berasal dari Tunisia itu mendapat sokongan Datuk Bandar Drancy, Paris. Dia diletakkan dalam kawalan polis kerana ancaman tersebut. Jamaah masjid di tempatnya menggesa supaya beliau meninggalkan masjid tersebut. Kemarahan & kekecewaan mereka juga kepada plhak media & polis. -Seorang pejuang hak wanita muslim Perancis, Sihem Habshi (gambar sebelah) berketurunan Maghribi berkata atas dasar 'Prinsip Demokrasi' dia juga mahukan pemakaiannya di haramkan, dasar itu juga katanya akan memerdekakan komuniti Muslim yang menggunakan agama.
-Seorang pakar Sejarah Imigrasi Perancis, Catherine Wanden tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Katanya sebagai sebuah negara demokrasi undang-undang tersebut dilihat akan melunturkan amalan toleransi dalam beragama di negara itu. Dia juga mengatakan tindakkan tersebut ada kena mengena dengan politik kerana Perancis akan mengadakan 'Regional Elections' dalam masa terdekat ini.
Yang peliknya orang-orang Islam sendiri menyokong cadangan yang dibuat oleh kerajaan Perancis tu, sanggup menggadai nyawa mempertahankan cadangan orang kafir yang berniat buruk terhadap Islam. .....mmm tak pelik sebenarnya, kalau mereka meletakkan kepentingan dunia dihadapan maka inilah yang berlaku. Tetapi seorang kafir yang tidak ada kepentingan lebih jujur memberi pandangan tentang isu ini. MasyaAllah!

No comments:

Post a Comment

labels

Blog Archive