Saturday, March 6, 2010

Niqab.....& aurat

Salam...
...pakai niqab, tapi masih bole lakukan macam-macam kadang-kadang orang lain yang rasa rimas & susah hati..mmm, rileks, ok jer...



Pakai niqab sama macam orang tutup aurat jgk..cuma xtra, muka pun kena tutup. Zaman Rasulullah masa hukum hijab diturunkan kepada steri-isteri Rasulullah s.a.w maka mereka menutup seluruh tubuh mereka termasuk muka, banyak nas dari Al-Quran & Hadith yang menyentuh tentang hukum berhijab, actually masa zaman tu hijab telah membezakan wanita yang berakhlak buruk dgn wanita beriman. Banyak hikmah dgn memakai niqab ni, rasa aman & selamat. Kalau nak tau apa perasaan bila pakai niqab...mmmm kena pakai laa..he,he! Citernyer sekarang, tutup la aurat se sempurna mungkin, kalau ok yang tu, baguih laa..pastu nak tutup muka pun bole ler! Coz kadang2 orang pakai niqab pun tak tutup aurat elok-elok, cincai jer...oops! sape terasa maaf ye! Contohnya..muka tutup tapi kaki 'open air', kadang2 plak lengan baju sampai hampir ke siku, but still slumber. Kakak kita tu tau tak batasan aurat? Iza rasa semua orang tau, tapi tak prihatin. Macam mana aurat ketika solat, macam tu la aurat di luar solat. Kalau kita pergi jalan ke mana-mana sepatutnya tak timbul kes kena bawa kain telekong kalau pakaian yang kita pakai dah cukup syarat menutup aurat, tu stail orang2 Nusantara..Malaysia, Indon, Brunei, Singapore, Thai..mana lagi eh?? oo..Filipina, Kemboja...kalau gi Mekah kita tengok sama jer stail orang-orang Asia Tenggara nie. Sehinggakan pergi shopping, pergi makan atau ke mana2 pun pakai telekong. Masa dalam Hajj je. Tapi lepas dapat Haji......??? balik kepada pakaian asal, yang tak sempurna... kena bawa xtra beg semula. ....sebab tutup aurat tak memenuhi tuntutan syarak. Tu la, iza ada satu situasi masa kat Madina Haji 2009 yang lepas, iza solat sebelah seorang makcik & sebelah dia, sedara-mara dia la, semua dah tentu pakai telekong..lepas iza solat sunat, iza tegur makcik tu soalan ulangan (soalan wajib kat sana) "makcik dari mana?"...pastu dia kata, "laa..anak ni orang Malaysia ke?...makcik ingat dari negara lain", iza tanya "kenapa?", dia kata sebab tak pakai telekong, iza plak memang pakai hitam, dia ingat iza arab. Iza cakap kat dia, "makcik saya memang pakai cam ni jer walaupun kat Malaysia"..dia jawab pe tau, "orang tak pelik ke?"...panjang jugak borak dgn makcik tu & sedara mara dia. Pada dia peliknyer. Hmmm...tu la pengalaman kat Tanah Haram. Sebenarnya memang tu la pemikiran orang2 kita, makcik tu mewakili orang-orang Malaysia yang berfikiran macam tu...hi,hi. Tapi takpe kita kena mulakan budaya baru...tutup aurat kecuali muka & tapak tangan dengan syarat-syarat lain, baju tak ketat, sehingga nampak bentuk badan, tak jarang, sehingga nampak bayang2 tubuh...& tudung yang menutupi hingga bawah dada & of course tak jarang jgk...thats it, tu jer, baru le jalan tak perlu bawa xtra beg. Islam ni mudah, sebenarnyer kita yang menyusahkan segala amalan. Akhir kalam, Sabda Rasulullah s.a.w.."Orang2 perempuan yg berpakaian tetapi seperti telanjang, meliuk-liukkan badannya & rambutnya disasak, mereka itu tidak akan masuk syurga, juga tidak akan mencium baunya, pd hal bau syurga itu dpt dicium dr jarak yg amat jauh". Riwayat Muslim
....think about it! ..::Salam'alaik::..

No comments:

Post a Comment

labels

Blog Archive