
Salam...
..Rabu 10 Mac 2010 dunia Islam dikejutkan dgn kematian Sheikh Al-Azhar Sheikh Muhammed Sayyed Tantawi 81tahun kerana serangan jantung. Dia meninggal di Arab Saudi kerana menghadiri King Faisal Annual Award Ceremony. Jenazah Allahyarham sepatutnya diterbangkan ke Mesir tetapi atas permintaan anak sulungnya jenazah disemadikan di Arab Saudi. Semasa hayatnya Allahyarham telah menimbulkankan beberapa isu yang menjadi kontroversi dalam membuat fatwa & kenyataan. Perkara tersebut telah menyebabkan kemarahan umat Islam sedunia, antaranya pada tahun 2004 Allahyarham telah menyokong kerajaan Perancis meluluskan undang-undang menghalang pemakaian tudung ke sekolah & institusi pengajian tinggi. Tahun yang sama dia menyokong kerajaan Mesir meluluskan draf undang-undang menggugurkan kandungan oleh mangsa rogol.

No comments:
Post a Comment