Pages

Sunday, March 14, 2010

Peringatan buat diriku......Sifat-sifat tercela.

Salam..
..peringatan ini buat diriku yang serba lemah & lalai, namun ambil lah ia sebagai panduan bersama. Sifat tercela sebenarnya terlalu banyak, kadang-kadang kita tak perasan sifat-sifat tersebut ada dalam diri kita. Apa yang perlu ialah sentiasa memuhasabah diri. Sifat tercela yang perlu dijauhi.....

(1) Menyangka & menganggap serta merasa 'sempurna diri'.
(2) Malas, segan belajar dan menganggap sudah pandai @ sudah tahu.
(3) Tidak menerima teguran daripada orang lain.
(4) Tidak mahu memulakan ucapan salam ketika berjumpa teman seagama. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w lebih dahulu mengucapkan salam terhadap orang yang bertemu dgnnya.
Hadith., "Orang muda memberi salam pada yang tua, orang yang berjalan kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang banyak" R.Bukhary.
(5) Tidak mahu mendahulukan salam kepada sahabat yang kebetulan tidak bertegur sapa @ berselisihfaham.
(6) Tidak bertegur sapa ketika dalam pergaulan @ bertemu sesama muslim.
(7) Tidak mahu menghulurkan tangan terlebih dahulu @ bersalaman dengan sesama muslim.
Hadith, "Berjabat tanganlah kamu satu sama lain, agar lenyaplah dendam kesumat dari hatimu". R.Bukhary.
(8) Tidak meminta maaf atas kesalahan , walaupun bersalah. Firman Allah, "Kejahatan harus dibalas dgn kejahatan pula yang setimpal, tetapi barang siapa yg suka mengampuni dan damai, ganjarannya atas Allah s.w.t. Tuhan tidak suka pada orang yg zalim", Assyura : 40
(9) Tidak menjawab salam, sedangkan mengucapkan salam itu sunat & menjawab salam itu wajib. Firman Allah, "Jika ada orang memberi salam kepada mu, hendaklah kamu balas dgn lebih hormat lagi atau seumpamanya, Allah akan memperhitung segala sesuatunya", An-Nisa' : 86
(10) Tidak menjawab tegur sapa seseorang atau kalau dijawab seperti 'mahu tak mahu' kerana menganggap orang itu tidak setarafnya. Firman Allah Ta'ala, "Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah yang paling taqwa diantara kamu". Al-Hujaraat : 13

....mmm kena sentiasa berusaha hindarkan diri dari sifat-sifat tercela, semoga mendapat manfaat...banyak lagi sifat-sifat lain akan dikongsi, next time sambung yee! Hidupkan hati dengan zikrullah!

No comments:

Post a Comment

labels

Blog Archive